Pages


Saturday, January 22, 2011

"Malang tidak berbau"

 Kelihatan lori di selekoh tu lah tempat kejadian berlaku..

Saat paling kecut perutku bila mendengar khabar pabila berlaku sesuatu musibah keatas kaum keluarga atau kenalan yang rapat.. terutamanya bila membabitkan kemalangan...  Kekadang hanya mendengar khabar belum lagi nampak tubuh keadaan sebenar kejadian pun badan boleh jadi cemas, longlai, berdebar-debar, seram sejuk dan paling teruk rasa macam nak pitam...  rasanya lemah semangat diriku ini... atau adakah psikologinya ( "ψυχή" (Psychē yang berarti jiwa) dan "-λογία" (-logia yang artinya ilmu) ) memang begitu... membabitkan naluri atau bila otak menerima khabar sebegitu rupa ia terus menyelinap ke sel-sel darah dan menjadikan anggota kita merasa sebegitu rupa??
Masa tu hanya do'a, zikir dan istighfar kepada Allah s.w.t bagi memberi kekuatan pada diri memulihkan semangat... 


Bila adik beradik atau anak-anak terbabit dalam kemalangan diri sendiri pulak yang terasa sakitnya... tapi bila diri sendiri yang terbabit boleh kawal diri. 

Sebenarnya nak cerita sikit apa yang dah berlaku baru-baru ini keatas anak ketiga ku.. Nurul Hannah.  Pada petang Jumaat, 7hb. Januari, 2011 (baru seminggu di tahun baru) yang lalu telah berlaku sedikit kemalangan kecil keatas anak gadisku Nurul Hannah yang terjatuh dari motor yang terbabas ketika melalui jalan selekoh di Setia Alam untuk pulang menunaikan solat selepas study 'Add Math' bersama seorang rakan. (Selekoh tu agak bahaya kerana selain jalan yang kurang rata dan terdapat batu-batu kerikil di situ di tambah dengan jalan yang licin selepas hujan) Mereka menunggang motosikal memasing.  Nasib baik ia tidak melibatkan kenderaan lain.. Sebenarnya sebelum kejadian kami pun nak keluar untuk mengambil 'Ain di Shah Alam yang menumpang kereta kawannya dari Melaka.  Jadi disebabkan hujan renyai-renyai kami nak tumpangkan Hannah sebab melalui jalan yang sama tak jauh pun dari rumah.. tapi beliau enggan kerana berpendapat lebih mudah pergerakannya jika membawa kenderaan sendiri.. Sebagai orang tua ni.. memang selalu terbit rasa risau dalam diri jika anak keluar menunggang motosikal ni...dok memikirkan keselamatannya dan pelbagai lagi..

Kebetulan ketika berlaku kemalangan itu diriku dan suami berada tidak jauh dari tempat kejadian selepas mengambil 'Ain yang baru pulang dari Melaka di bus stop di hadapan Plaza Masalam, Shah Alam..  Setelah menunaikan solat Maghrib di Giant, Klang Sentral.. Meru, kami singgah makan di salah sebuah restoran berhampiran.. makan masa tu memang tak berselera.. tak tau mengapa... sedang kami menjamu selera tetiba suami menerima panggilan telefon dari nombor yang di kenali iaitu Hannah.. masa tu tidak mengesyaki apa-apa dikiranya Hannah saja nak test guna telefon bimbit yang baru di belinya pada malam sebelum kejadian.. Tetiba raut wajahnya nampak terkejut... tapi masih terkawal... 


"Jom kita tengok Hannah?" suami terus bergegas meninggalkan meja makan dan menjelaskan bil.... "Kenapa dengan Hannah Bang?" , ku bertanya..
"Kawan dia beritahu Hannah eksiden!".... terus berderau darahku dan berdegup jantung... "Kat mana Bang, macam mana keadaan dia?"
"Di selekoh berhampiran Tesco.."  Ku dan 'Ain dah rasa berdebar... berdo'a agar Hannah tidak apa-apa.. suami tak beritahu keadaannya..
Beliau tahu diriku ni jenis yang mudah panik dan gabra.. Kami tak bercakap banyak, kereta di pandu meluncur sederhana laju menuju ke tempat kejadian.. Beberapa minit kemudian bos Hannah 
(bos tempat dia bekerja sementara masa cuti sekolah akhir tahun lalu Nov./ Dis. 2010), telefon... memberitahu beliau telah berada di lokasi tempat Hannah eksiden dan menawarkan diri untuk bawa Hannah ke hospital.. Bila dengar hospital ku tak dapat lagi nak bayangkan bagaimanalah keadaan dirinya sekarang ni!!

Kami membuat pusingan U dari laluan Giant melalui bawah jejambat menuju ke Tesco... dari jauh kami dah terlihat kereta polis dan banyak kenderaan berhenti di tepi jalan... "Ya Allah, apa dah jadi dengan anakku...".  Debaran semakin kuat.. degup jantung semakin kencang... nafas terasa sesak.. 




Bila dah hampir 'Ain memimpinku takut ku terus menyeberang tanpa menoleh kiri kanan jalan untuk melihat keadaan anak.. setiba di situ.. orang dah mengerumuni anakku.. dan kelihatan beliau berada dalam keadaan separuh sedar sambil di pangku oleh seorang wanita... polis mengawal keadaan lalu lintas.. Suamiku terus bergegas melihat keadaan Hannah.."O.. Anak Abah!!"


Dalam kesamaran cahaya kelam-kelam di situ.. ku lihat tiada apa sangat kecuali luka-luka kecil di kaki dan tangan.. sewaktu diangkat masuk ke kenderaan bos BK kelihatan darah mengalir di kaki kanan dan kecederaan di bahu kiri.. Ku menyambut Hannah dari dalam.. dan memangku kepala dan menahan bahunya yang sakit.. diri ku terasa lemah namun cuba ku kuatkan semangat agar dia juga perlu kuat.. bila Hannah menahan sakit dan suaranya yang agak lemah untuk bersuara dan mula bertanyakan ku apa yang dah berlaku..


Rupanya dia tak sedar apa yang dah terjadi... semakin risau pulak..ku di buatnya. Tak renti ku ajar beliau supaya beristighfar dan ingat Allah banyak-banyak.. bagi menenangkan emosinya dan ajak dia bersembang agar beliau berada dalam sedar..


Bos beliau dan seorang lagi pekerja BK sebolehnya cuba membawa dengan secepat mungkin untuk menuju ke hospital tapi jalan agak sesak di bandar Klang ketika itu.. Akhirnya selamat tiba di hospital dan pembantu perubatan di situ mengambil stretcher dan bawa ke wad kecemasan..seperti biasa perlu buat pendaftaran masuk.. Oleh kerana beliau seorang pelajar rawatan di beri percuma..


Lebih kurang setengah jam kemudian suami dan 'Ain tiba di hospital..
Ku menemankan Hannah di dalam wad sementara..  ku sudah dapat mengawal diri cuma masih tertanya-tanya apa jadi pada bahu kirinya adakah patah.. sebab dia mengaduh sakit.. dan tak dapat mengangkat tangan.. Setelah pemeriksaan di buat oleh doktor,  luka di kaki yang terkoyak perlu di jahit dan x-ray untuk mengetahui keadaan bahu dan kepala yang terhentak.. (sebab dia tak sedar kejadian tu sehingga sekarang bila di tanya dia pun tak tahu macamana dia boleh jatuh - tapi yang lain dia ingat laaaa)


Setelah keputusan di ketahui... rupanya bahu tu sekadar retak dan perlukan masa untuk pulih.. dan pada malam itu beliau di tahan di wad biru.. di wad kecemasan tersebut untuk memantau keadaan jika terdapat gegaran otak di kepalanya..


Nurse bertugas memberitahu pesakit di situ tak perlu di jaga kerana mereka mengawasi keadaan pesakit dan lagipun keadaan yang sudah tentunya tidak selesa untuk penjaga.. kesian pulak nak tinggalkan Hannah dah tentu dia tak boleh nak berjalan jika hendak menunaikan hajatnya... kerana kesakitan di kaki yang sudah membengkak dan bahunya yang agak sukar untuk digerakkan... Tapi nurse bertugas akan melakukan tugasnya melayan pesakit dengan baik..


Kami pun pulang dengan hati yang agak berat.. jasad di rumah tapi hati di hospital.. macamana tu..!!!  Perasaan risau.. memikirkan keadaannya yang kesejukan dan kesakitan.. 


Keesokan harinya.. lebih kurang jam 7.00 pagi, nurse bertugas telefonku dan memberitahu anakku dah boleh balik ke rumah.. Alhamdulillah.. Ku, 'Ain, Syima dan Firdaus bersiap untuk ke hospital.. Suamiku ada tugasan yang perlu di lakukan.. 'Ain memandu kereta.. setiba di hospital.. Hannah masih berkerut menahan sakit.. masih tak boleh berjalan.. 

Doktor menjelaskan tiada apa yang serius... cuma Hannah memerlukan rehat secukupnya.. appointment klinik berdekatan seminggu selepas tu untuk buka jahitan di kaki dan sebulan kemudian di klinik harian Hospital untuk x-ray di bahunya dan rawatan susulan..

Setelah mengambil bil discharge dan surat cuti sakit.. kami sarapan dulu di cafe hospital (kesian Hannah - duduk di kerusi roda dan terpaksa menanti kami yang kelaparan - dianya sudah tentu tidak selesa plus tak de selera nak menjamah apa jua makanan.. fikirannya nak cepat balik.. )

Pada petang tu jugak Abah Hannah bawa Hannah urut bahu yang retak itu dengan Pak Daud di Jalan Kebun.. yang mahir dalam bidang memulihkan kecederaan patah tulang.. Alhamdulillah setelah 2 kali melakukan rawatan tradisional ini.. keadaannya semakin pulih. Hanya kaki saja belum pulih sepenuhnya.


 Ikan haruan di masak pindang atau sup hidangan Hannah untuk beberapa hari... agar lukanya cepat sembuh..



Sepanjang cuti sakit ni ramailah rakan-rakan menziarahinya... terima kasih bebanyak atas ingatan mereka dan juga buah-buah tangan yang di beri.. nampaklah sedikit keceriaannya atas kedatangan rakan-rakannya. Semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati kalian semua dengan kesejahteraan dan keberkatan.


Masa nilah dia puas bermanja bila sakit... semua dilayan... Hannah..Hannah!!!  Kami do'akan Hannah cepat sembuh dan boleh cepat kembali ke sekolah.. MC sebulan tu..!!! Dia dah tak sabar nak ke sekolah banyak pelajaran tertinggal..  Kejadian ini biarlah dijadikan iktibar buatnya dan terimalah ianya sebagai takdir dari Allah s.w.t....


Sebelum itu selalu kami sebagai orang tua memberi peringatan agar anak-anak jangan lupa membaca do'a naik kenderaan ... 

DO'A NAIK KENDERAAN


Az Zukhruf 43:13-14




Mafhumnya: 

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!


Semoga Allah sentiasa melindungi kita... manusia ni terlalu lemah dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita .... Setelah berdo'a kita bertawakkal kepadaNya.. Agar kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap perbuatan.

2 comments:

Muhammad Shukri Bin Shafie said...

hmm..actually bila saya baca post nie saya rasa nak tergelak pun ada dengan apa yang berlaku semua. Bukan tentang anak auntie. tapi apa yang 'dia' ceritakan dekat saya. Hm so now anak auntie Hanna macam mana ? =)

Nora Asfa said...

Peristiwa ni dah berlalu lebih dari setahun.. Hannah, Alhamdulillah dah sihat seperti biasa.. hari Sabtu ni 2 Jun, 2012 bermulalah kehidupannya sebagai pelajar kampus di UiTM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails