Pages


Saturday, January 1, 2011

Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w suri teladan terbaik.




 ~01.01.2011~ ANTARA AKHLAK RASULULLAH Saws.jpg YANG PERLU DI JADIKAN TELADAN. ~berazamlah duhai diri dan hati agar sebaik mungkin untuk memperelokkan amal ibadah juga sedapat mungkin menyucikan hati dan jiwa kearah kebaikan untuk di jadikan bekalan di hari perhitungan kelak.. Rasulullah Saws.jpg idola terbaik untuk dicontohi bagi menyuntik semangat diri agar menjadi insan yang baik perilaku dan budi pekerti.

Agak sukar bagi kita yang lemah ini untuk mempraktikkan sepenuhnya apa yang telah di lakukan oleh Rasulullah Saws.jpg kerana sifat mulianya yang tiada tandingan dan kecekalan Rasulullah Saws.jpg mengharungi pelbagai ujian.. Kita mudah merasa resah dan gelisah bila di uji dengan kesukaran namun Rasulullah  Saws.jpg  menghadapinya dengan kekuatan iman dan taqwa menyerah diri memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah s.w.t. dengan keyakinan yang teguh.. Setiap apa yang di sampaikan pada ummatnya adalah perbuatan yang di amalkannya dan dilaksanakan sendiri oleh Rasulullah Saws.jpg walaupun baginda Saws.jpg adalah seorang pemimpin yang Agung dan bersifat penyayang pada ummat.. Baginda Saws.jpg banyak mendo'akan kesejahteraan ummat.



Sesungguhnya Rasulullah Saws.jpg merupakan satu-satunya insan yang memiliki kesempurnaan akhlak serta sifat-sifat yang mulia lagi terpuji.  Oleh itu selayaknya dan sewajarnya ia menjadi ikutan kita dalam semua segi dan jurusan hidup.  Di sini diterangkan serba sedikit contoh-contoh akhlak yang di tunjukkan oleh Baginda Saws.jpg.


1.  Rasulullah Saws.jpg adalah seorang yang sangat bertolak ansur,             berani, adil dan sangat bersopan-santun.


2.  Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.


3.  Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah  lebih daripada keperluan makan minumnya, rezeki yang lebih akan di keluarkan pada jihad fisabilillah.


4.  Menampal sendiri kasut dan bajunya yang koyak.


5.  Tidak pernah menyusahkan ahli keluarganya tentang makan minumnya.


6.  Sangat pemalu orangnya.  Tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.


7.  Selalu mengikat batu di perutnya kerana menahan lapar.


8.  Tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, ini kerana mementingkan orang lain daripadanya.


9.  Tidak pernah terpedaya dengan tipuan dunia dan syaitan serta hawa nafsu.  Bahkan syaitan takut kepada Baginda.


10.  Selalu menziarahi orang sakit.


11.  Sering duduk bersama fakir miskin dan suka memberi makan kepada mereka.


12.  Suka bergurau, tetapi tidak berdusta serta tidak pernah ketawa terbahak-bahak.


13.  Sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.


14.  Tidak pernah pakaiannya dan makanannya lebih baik daripada hamba sahaya.


15.  Setiap sa'at masanya sentiasa diisi dengan sesuatu yang Allah redhai atau sesuatu yang perlu untuk membetulkan dirinya.


16.  Tidak gentar pada raja yang berkuasa.


17.  Sentiasa menyeru manusia kepada Allah s.w.t.  Ta'at dan patuh atas perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya.


18.  Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang di temui.

19.  Jika ada orang yang mengasarinya, ia menyabarkan orang itu. 


20.  Bila berjumpa dengan seseorang, ia terlebih dahulu yang menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.


21.  Bila berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya.


22.  Ketika di dalam majlis ramai ia menghadapkan wajahnya kepada semua orang yang ada, sehingga semua orang berasa ia di hormati oleh Rasulullah Saws.jpg


23.  Tidak berbicara kecuali yang perlu sahaja.


24.  Seringkali menggunakan bahasa kiasan dalam menerangkan hukum agama.


25.  Tempat tidurnya hanyalah dibuat daripada jerami dan sehelai baju yang dijadikan hamparan.


26.  Suka memaafkan kesalahan orang lain yang dilakukan ke atasnya, walaupun kesalahan itu berat.


27.  Tidak suka menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terang-terangan.


28.  Sentiasa memenuhi jemputan walaupun jemputan orang miskin.


29.  Duduknya sentiasa menghadap kiblat.


30.  Apabila ada orang meminta pertolongan sedangkan waktu itu tidak ada barang yang hendak di beri, maka Baginda Saws.jpg menyuruh orang itu berhutang pada orang lain dengan nama Baginda Saws.jpg.


31.  Baginda  Saws.jpg  bila berdo'a penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berguguran.


32.  Baginda Saws.jpg  selalu beristighfar (memohon ampun kepada Allah s.w.t.) sekurang-kurangnya 70 kali sehari.


33.  Baginda  Saws.jpg sangat mementingkan kebersihan, pada tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal Baginda  Saws.jpg.


34.  Di dalam rumah Baginda Saws.jpg tidak ada perhiasan perabot, rumah Baginda Saws.jpg umpama masjid dan sentiasa bersih.







Friday, December 31, 2010

Di awal dan di akhirnya... ABAH yang di kasihi kembali ke pangkuan Illahi (IN LOVING MEMORY OF AYAHANDA HJ. ASFANDI B. SIPON)

Kunjunganku bersama anak-anakku Nurul 'Ain, Nurhasyimah dan Muhammad Firdaus di pagi Jumaat 31.12.2010
ke pusara Ayahanda tercinta.. AL-FATIHAH

frames

"Wahai Tuhanku, ampunilah akan dia, rahmatilah akan dia, afiatkan dia dan maafkanlah akan dia.
Muliakanlah persinggahannya, dan luaskanlah tempat masuknya.
Bersihkanlah akan dia dengan air, salji dan dengan air batu.
Dan bersihkanlah akan dia dari segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kotoran.
Dan berikanlah ganti rumahnya yang lebih baik dari rumahnya di dunia.
Dan berikanlah ahli yang lebih baik dari ahlinya di dunia.
Dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya di dunia.
Dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur.
Dan dari azab neraka. " Amiin...

(Dari Hadis Riwayat Muslim).

31.12.2010 ~ Telah 7 hari berlalu, pemergian seorang insan mulia yang amat kami cintai dan kasihi pergi buat selama-lamanya ke alam barzakh pada tanggal 25 Disember, 2010 hari Sabtu bersamaan 19 Muharam 1432 H lebih kurang jam 10.00 pagi, Ayahanda tercinta Hj. Asfandi b. Sipon telah menyahut panggilan Illahi dalam keadaan sabar dan tenang.. di usia 79 tahun.. Amat lembut menghembuskan nafas terakhir di sampingku dan anakku Nurhasyimah yang membisikan kalimah Allah di telinga kanannya.. di samping bacaan Yaasin oleh anak-anakku yang lain.. dan emak yang telah menjaganya di sebelah malam dan bacaan Yaasin selepas Subuh oleh kakakku.. sewaktu hujan rahmat turun di awal pagi..

Pada pagi itu Abah dapat meneguk sedikit air Yaasin dan setelah ku selesai membersihkan dirinya ... dengan iringan kalimah-kalimah suci perlahan-lahan beliau menghembuskan nafas terakhir dengan kalam Allah dan memejamkan matanya dengan tenang..


Kami sekeluarga Redha atas pemergiannya, dimana Abah yang telah mengharungi ujian Allah s.w.t berjuang melawan sakitnya selama setahun, walaupun ia tidak pernah mengeluh  kesakitan, dengan rahmat kasih sayang Allah s.w.t. yang sentiasa melindungi Abah dengan sifat sabarnya yang amat tinggi.. Sehinggalah telah hampir ke akhir hayatnya di uji dengan gegaran dan kebingitan tapi sifat kesabaran ia tenang menghadapinya.. Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan baiknya dan mengampuni segala kesalahan.  Kami cuba belajar dari sifat sabar dan ketabahan Abah yang telah banyak mengharungi suka duka hidup di sepanjang hayatnya..


Alhamdulillah urusan pengendalian jenazah berjalan lancar dengan diketuai oleh Ustadz Hj. Salleh dan pembantunya Tuan Hj. Johari yang menguruskan segala keperluan menguruskan jenazah termasuk van jenazah juga anak cucu Abah yang turut serta memandikan jenazah buat terakhir kalinya.. Selesai di mandikan jenazah di bawa masuk dan di kapankan.. Ketika pengurusan kapan sedang dijalankan.., ia di iringi dengan bacaan tahlil di ketuai oleh Tok ketua kampung Tuan Hj. Thaifoor atas permintaan suamiku memberi penghormatan padanya sebagai ketua kampung. 

Kehadiran saudara mara terdekat yang banyak membantu, jemaah masjid, jiran tetangga, rakan-rakan yang sentiasa mendo'akan Allahyarham Abah yang di kasihi.. YB Dr. Hj. Abd. Rani b. Hj. Osman (Adun Meru) juga turut hadhir menyampaikan takziah. (Kesanggupan YB yang datang menziarahi Abah seawal 8.00 pagi pada 30hb. November, 2010 lalu ketika uzurnya Abah dan memberi rawatan percuma teramat sangat kami dan keluarga hargai.. inilah satu-satunya contoh pemimpin yang menjalan tugasnya dan berbakti kepada rakyat walau dalam keadaan apapun ia sangat mengambil berat kepentingan penduduk - khidmat yang dilaksanakan oleh beliau sebagai pemimpin ada di blog ini).


Sewaktu azan Zuhor sedang berkumandang jenazah telah tiba di masjid dan di letakkan di tengah dewan solat... Selesai solat Zuhor, Imam dan para jemaah masjid serta ahli keluarga, saudara mara dan jiran menunaikan solat jenazah, dan sebahagian darinya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Islam Pekan Meru.. tidak jauh dari rumahku..

Setiba di tanah pusara jam 2.00 petang, liang lahad telah bersiap sedia menerima penghuni barunya.. Abang-abangku Adnan, Adzlan dan Azhar telah menanti di liang lahad untuk menyambut jasad Ayahanda. Selesai urusan di liang lahad dan tanah merah lembut melitupi ruangan.. talkin dibaca dan ketika itu cuaca amat baik sekali, tidak begitu panas, awan berarak melindungi mentari, suasana sungguh nyaman di mana pokok-pokok bagaikan kipas mengikut alunan angin yang berhembus mendinginkan pengunjung yang menghadiri pemakaman ini.

Kehadiran seekor kupu-kupu kuning yang sungguh cantik menawan mengelilingi ku beberapa kali dan hinggap di tudungku.... Makhluk kecil ini juga berzikir mengiringi bacaan talkin menyejukan jiwaku yang sedang berduka dan Allah Maha Berkuasa dimana tiada titisan airmataku yang mengalir sedangkan sebelum itu aku amat takut bagaimana kiranya menghadapi situasi bila kehilangan orang tersayang.. Allah memberi kekuatan buat diriku menghadapi saat sukar ini.. Diriku, emak dan adik beradik redha atas kehendak Allah s.w.t dan semoga Allah menerima dan redha atas perlakuan anak-anak Abah.

Selesai pemakaman dan mereka yang hadhir masing-masing mula beredar meninggalkan tanah perkuburan, tinggal kami 5 beradik (Abang Adnan, Abang Adzlan, Kak Norafizah, Abang Azhar dan diriku - 2 orang lagi adik perempuan ku Noraini dan Norziela menemankan emak di rumah bersama saudara mara) tidak berganjak kerana menanti kehadiran adik lelakiku Akmal yang baru tiba dari Pekan, Pahang lebih kurang jam 2.30 petang. Berkumpullah kami 6 beradik di samping pusara Abah ketika itu dengan mendo'akan kesejahteraan Abah di alam persinggahan sementara menanti hari kebangkitan kelak. Kami mendo'akan Abah damai di sana. 


Abah, kami amat merinduimu.. menghadapi saat ketiadaan mu pada awalnya memang sukar.. ku tidak dapat menahan sebak ketika membaca kitab suci Al-Qur'an untuk dihadiahkan buat mu Abah.. terimbau kembali ketika saat bersama Abah di hospital, dan menjaga Abah ketika sakitmu di pembaringan.. rindu mengaji di sisi Abah, menyuapkan makan dan minum juga membersihkan Abah.. Minta maaf Abah kiranya adakala ketika membersihkan Abah ada anggota yang terasa sakit..dan redhakanlah setiap tingkah lakuku sepanjang mengurus Abah.  
"Ampunkanlah segala kesalahan Ayang ya Abah..Redhakan emak dan kami anak-anak Abah semua.."... Abah mengangguk.. ketika sedarnya.. Lega hatiku.. Abah tak pernah menyimpan perasaan marah.. Abah seorang insan yang amat baik pekertinya.. begitulah pandangan jiran, saudara mara, jemaah masjid dan rakan-rakannya..

Sesungguhnya Allah maha Pengasih, para Malaikat  sentiasa mendo'akan dan memohon keampunan buat Abah ketika sakit.. Apatah lagi Abah menerimanya dengan Redha dan sabar..  Do'a dari kami agar Abah tenang di sana dan Allah merahmati roh Abah dengan rahmat kasih sayangnya dan menempatkan Abah di kalangan para syuhada' dan para solehin di taman-taman indah di alam barzakh dan mudah-mudahan syurga Firdaus menantimu Abah. Tak lupa juga do'a buat roh Allahyarham adik Abah yang amat di kasihinya Hj. Mohammed Asru yang terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin, 10hb. Mei, 2010.. Memori tersebut di N3 ini.. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri Rahmat dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.  Pusara Abah berdekatan dengan pusara bapa saudaraku ini..


Pusara Abah dan kelihatan pusara adiknya (yang kelihatan anakku di situ)
(pagi Jumaat 31.12.2010)


Abah meninggalkan kami di hari-hari terakhir bulan akhir di tahun masihi dan di awal bulan Islam yakni Muharam.. Abah menghakhiri hayatnya di awal tahun hijrah dan di akhir tahun masihi.. Kami amat bersyukur mempunyai Abah sebaik Abah..begitu juga Emak yang telah mendidik dan mengasuh kami sedari kecil hinggalah boleh berdikari dengan pertolongan Allah s.w.t.

Kami kasih dan sayang pada Abah dan Emak..  Walaupun kini Abah tiada di samping namun Abah sentiasa di hati kami dalam do'a kami agar Abah damai dan berbahagia di sana bersama mereka yang di kasihi Allah s.w.t...


Terima kasih buat segala do'a yang di kirim oleh saudara-saudara muslimin dan muslimat semua.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni kita dan berbahagia  hidup di dunia dan di akhirat.

 Pohon besar dengan daunan rimbun dan buahnya yang lebat menaungi pusara Abah dan penghuni di sekelilingnya.... Kicauan burung berzikir dan berdo'a buat penghuni alam itu..
 (pagi Jumaat 31.12.2010) 

AL-FATIHAH!
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan ke bahagiaan ke atas roh ayahanda Hj. Asfandi b. Sipon di sisi Allah s.w.t. bersama kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amiin."
I love you and always cherish you inside my heart.. and you are always in my prayers. Miss you so much...

Thursday, December 9, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432 & Selamat ulangtahun kelahiran dalam bulan Muharam buat Anakku tercinta Muhammad Firdaus

Hari ni sudah masuk hari ke 3 di bulan Muharam 1432 Hijriah.. Bulan pertama dalam kalender umat Islam mengikut peredaran bulan.. Ia memperingati sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah 1432 tahun yang lalu. Di kesempatan ini ingin ku sampaikan Salam Ma'al hijriah buat semua pengunjung yang di kasihi yang sudi singgah di ruangan ini..

1 Muharam juga merupakan hari bersejarah dalam hidupku 13 tahun yang lalu bila melahirkan putera comel setelah memperolehi 4 puteri. Hijrah jugalah kan.. :) Syukur ke hadrat Illahi yang menganugerahkan buahhati pengarang jantung ni..yang di beri nama Muhammad Firdaus. 

Sepanjang mengandung seingatku tak pernah ku menanyakan jantina bayi yang ku kandung pabila ultra sound di lakukan sewaktu pemeriksaan.  Ku hanya berserah pada Allah dan berdo'a kehadrat Illahi kandungan sihat sempurna.  Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan... kegembiraan kami seisi keluarga mewarnai hidup ini..(memori kelahiran anakku Muhammad Firdaus di N3 yang lalu klik di sini)



Kelahiran Muharam.. 1 Muharam 1419 (Muhammad Firdaus b. Abd. Jalil - kanan) 
dan sepupunya 2 Muharam 1419 (Muhammad Amiruddin b. Jamaluddin - kiri 
anak adikku Noraini)


Foto lama - tak berapa ingat masa ni mereka berusia berapa tahun
 
"Abah dah ada geng" - suka sangat!!

Sayang pada adik-adik kecil... teringin sangat dia nak adik

Gambar terkini - semasa di Pontian, Johor, 28/11/2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails